Monday, June 9, 2025

SIAPAPUN KITA, KITA TETAP BERJAYA💪biiznillah

Dalam hidup kita semua adalah berbeza. Kita tak boleh anggap kawan kita berjaya dan kita gagal sedangkan kita pun sebenarnya berjaya tetapi dari sudut yang berbeza sebab takdir kita tak sama.

Kita tak boleh samakan diri kita dan diri sesiapapun sama kerana kita semua berbeza antara satu sama lain. Kita memiliki kelebihan dan kekurangan yang berlainan. 

Cemburu dengan kelebihan orang lain hanya akan merugikan kita dan buat mental kita "drain". Kita rasa patah hati, lemah semangat dan tak pernah puas dengan kehidupan sendiri sedangkan ramai yang memandang kita dengan segala segi aspek yang sudah mencukupi. 

Kita berjaya dengan diri kita seadanya tanpa perlu pengiktirafan daripada sesiapa pun. Percayalah. Kita berjaya menjadi diri kita. Selagi mana kita berada dalam syariat ALLAH SWT memgikut al-Quran dan Sunnah insyaAllah kita berjaya dunia dan akhirat kerana kejayaan sebenar bukanlah terletak kepada pencapai pendidikan atau sumber material semata-mata tetapi reda Allah. 

Di dalam kubur kita tidak akan ditanya berapa buah rumah telah kita miliki bahkan berapa biji kereta telah kita beli tetapi ingatlah bahawa setiap sesuatu akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.. maka berwaspadalah dalam kehidupan dunia ini. 

Oleh itu, buka mata dan jangan membandingkan diri dengan sesiapa dari sudut kebendaan tetapi lihat diri sebagai seorang yang berjaya dengan kelebihan diri dan jadikannya sebagai batu loncatan untuk memberi manfaat kepada ummah. 

Gunakan setiap inci yang kita ada untuk mendapatkan reda Allah SWT.. 

No comments:

Post a Comment

Sejenis Terpaling Elok

Sebab tu lah pentingnya cari bini "elok-elok". Ni sampai ke anak-pinak perangai taik diturunkannya.. perangai taik turun sebijik-s...